25.5.13

malam tadi semasa wa nak pi keluarkan duit, ada la satu kejadian di ATM Marang ni. wa masuk, wa bukak la pintu. wa nampak sorang saudara ni yang tengah masukkan duit untuk anak dia kot (memandai je). wa ngan dia ni tertengok la sesama sendiri dgn muka selamba je. maklumla tak kenal, walaupun sesama islam. wa teruskan jela dengan misi keluarkan duit. nasib la wa lame sikit kat ATM tu, kerna kad atm saudara tersebut masih melekat kat mesin ATM. macam mana beliau tak sedar sedangkan bergegar mesin ATM tu menghasilkan bunyi 'tit tit tit'. dengan selambanya beliau beredar dari situ. wa pun dengan bangganya menarik nafas dalam dan berkata, 'encik,kad cik'. beliau pun menyahut 'oh ya,kad'. dengan 3 perkataan sorang, perbualan itu pun selesai dengan lemparan senyuman yang lega. si saudara tu pun berterima kasih,wa pun sama-sama. tak ke happy ending namanya.salam

No comments:

Post a Comment