31.1.11

Kenangan Ketika Di Bukit Payong,Serada,Kg Banggol Katong,Terengganu

6 TAHUN:
-hampir menangis menonton citer kartun Can Mali Can,kartun 18PL.ngeri giler muke.babun sungguhs.
-terkena tembakan yang sakit tak terperi,tepat di dada,di tembak oleh adik sendiri.peluru kapur.kesannye ade lg.tempat kejadian - ruang tamu.
-My Aboh menjaja ayam KFC ketika pertandingan wau ditandingkan.Pabila selesai pertandingan,Aboh suruh tunggu sekejap,mau amek barang katanya.gua membuat keputusan balik berjalan kaki.tetiba ade seekor lembu hitam memandang dengan bengisnya.dressing baju warna merah.awieh! selesai adengan kejar mengejar,Aboh tiba,lembu beredar dengan wajah yang kesal.
-adik terlantar di hospital.ini semua salah gua.bergurau tidak reti bahasa katanya.gua menindihnya masa tu.tu je gua ingat.ah traumanya.kakinya terseliuh.lame giler,tak sembuh-sembuh.beliau di kerusi roda.mungkin ini dendam kesumat isu peluru kapur.siapa yang tahu.masih misteri.
-petang tu gua menemani dia bermain layang2 bersama kerusi rodanya,di tempat yang sering dipenuhi budak2 tepat pukul 6,yang lebih dikenali sebagai Tanah Merah.
-menimba ilmu di Tadika Kemas.tepi padang sekolah.dalam kelas tadika,ternampak budak female sedang makan mee hun kot,disaluti hingusnya yang tidak berkhasiat.sampai sekarang gua ingat.
-menangis selork (menangis bersungguh-sungguh) bila Ma pergi dari kelas tadika tersebut,gua ingin dia disisi hingga kelas tamat,jelas disitu gua soleh orangnya.
-pulang dari belajar,gua main lumba lari dgn kwn2,ketika asyik berlari,gua berhenti mengejut.ikat tali kasut yg tercabut.tetiba kwn belakang terlanggar gua.jatuh.tak maut.berdarah.gua terus balik,mengentoh Ma supaya menutup pintu,tingkap kerna bimbang bapa kepada budak tersebut mengesearch gua.
-hari yg tak dapat dilupakan,gua menjadi artis,dipaksa menyanyi nasyid.malu tahap master.sehari sebelum perform,sepupu mari,lepak2 tepi tingkap,ternmpk orangg kurang siuman kencing.kami nampak stone dia.kami masih kecil ketika tu.kami diberi pendedahan sex.masih ingat namanya,Sidek.Sidek baik orangnya,ibu bapanya tak mampu menjaganya,dibiarkan.Sidek gemar pohon rambutan.serius.
DARJAH 1-2:
-gua dan kakak gi sekolah lewat hari tu,kami merempuh pagar belakang,penuh dgn karat.dan tetiba muncul makhluk berbaju biru,lebih dikenali sebagai Pengawas.dia tulis nama kami kerana datang lambat.kami tak rasa apa2.just name.
-first time masuk kelas,asal kelas A,tapi termasuk kelas B,lepas time rehat baru sedar yang gua silap kelas.malu lagi.guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina,lebih dikenali sebagai Sir.homework tak siap?pen merah tusuk di belakang tengkuk dgn kejam.sakit natang.
-time rehat,hanya duduk tepi pintu kantin.gua mengentoh (menyuruh dgn paksa) kakak supaya membelikan nasi lemak yang berharga 30sen.air sirap 10sen.and again,malu.kami makan tepi longkang.
-talking about longkang,masih ingat time hujan,gua dan kawan2 sedang menangkap anak ikan ditepi longkang dalam sekolah.seronok wei.
-warna merah dlm jamban buruk sekolah,dgr citer,darah askar melayu yg ditembak komunis satu tika dulu.darah askar tu?masih kekal disana.mohon pihak berwajib siasat.
-dubur disuntik,ditampung gigi oleh nurse.
-time balik,gua dan kakak singgah ke rumah orang gila.not Sidek okay.gi kutip buah jambu.kami juga singgah dipohon rambutan kegemaran Sidek.kerengganya jenis berahi kekoh (menggigit).
DARJAH 3:
-asyik gua lukis jet diatas buku latihan muzik,yg mempunyai byk garisan.tetiba budak tu tunjuk lukisan Dragonball.watak utama,Goku.hatiku berbicara,"smart giler".dari sinilah gua jadi kipas susah mati.
                                                 gambar hiasan
-pernah menonton citer Star Wars.
-pernah berlaga buah getah (biji getah).antara nama2 buah getah yg popular:
*woh getoh rima (harimau)
*woh getoh tulang
*woh getoh lilin
*woh getoh seming (simen)
-tempat strategik?tepi longkang.
-gi mandi sungai bersama adik,berjalan kaki.rakan2 lain join,lalu dihadapan ladang kelapa sawit.harimau bintang?orang kata ada.gua percaya.
-Aboh tiba di sungai setelah sekian lama mencari gua.gua dirotan,dibedal,dicaci,diheret,dimalukan,didier drogba.
-pernah mencuri mainan power rangers warna hitam,putih,emas (lihat rajah dibawah) milik jiran yg bernama Kak Nor.berwajah bengis.

-citer A.L.O.N.G menjadi santapan di waktu maghrib.citer yang popular dengan nilai2 murni,berbudi bahasa.juga mengajar sifir tak silap gua.budak2 sekarang tengok citer mcm ni?no way.
-pernah layan Joe Jambul.gi search Youtube ada gua upload.
-pernah meletakkan kerengga dlm mainan bot askar,diletakkan ke dalam air,kerengga tersebut berusaha keluar.hari tu learn something.Kerengga boleh berenang.

-pernah main mainan payung plastik.30sen harganya.

-aku adik dan aboh memasang mercun papan di kerusi berdekatan dengan surau.gua pencucuhnya.boom ! gua baru tahu mercun papan sumbunya laju.

-my aboh sedang menjual burger,gua melepakkan diri disitu.teman aboh ku pun tiba.bulan itu bulan puasa.gua lihat beliau ku menghisap rokok.takpa katanya,makhruh.lol

-gua follow my Ma pergi ke rumah temannya,utk menempah baju.sambil berkhayal dgn lolipop di mulut,tetiba gua tertelan lolipop tersebut.kesemua teman ibuku berteriak dgn bising.

-my aboh menggendongku naik basikal,go to the rmh my tuk.not tuk u.
tetiba kaki gua terkena rim basikal.my aboh bersua,"kakimu masuk lidi".dan secara tidak langsung gua pegi mengurut di rumah tuk ku.urutannya mcm..

-my aboh sentiasa bawa gua pi minum air teo' panas,masih ku igt kedai tu tinggi,bwh permandangan sawah padi.terdapat kerbau dan burung di atas tandungnya.

-my aboh bercadang ingin pindah.semasa meletakkan barang2 ku di belakang bonet kereta kancil my aboh,kwn2 gua tanye,nk pindah kt mne.aku jwb Marang nun..mereke ketawe kerana zman tu Marang nun adalah bahan lawak.

• dan secara tak sedar,ini semua kenanganku.ku simpan dlm blog untuk ku ingati sampai bila-bila •

21.1.11

Kajian mengapa kita ditegah dari melewatkan solat

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana… kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari).


SUBUH

Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi …warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZUHUR

Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &… dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


ASAR

Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam.
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


MAGHRIB

Waktu solat mahgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interference(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYA’


Waktu solat isya’ adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

18.1.11

Mengapa bacaan di dalam solat Zohor,Asar perlahan, manakala Maghrib,Isyak,Subuh sebaliknya


Firman Allah Taala:“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya.”(al-Isra’:11



Selepas turun ayat ini,maka Rasulullah s.a.w. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemohan kaum musyrikin. Manakalah di dalam solat Maghrib baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum musyrikin sedang sibuk makan. Manakala di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur.



Peristiwa di atas adalah ketika permulaan dakwah Islam,untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari kaum musyrikin. Manakala di dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya, bacaan dikeraskan kerana dua solat ini disyariatkan setelah berada di Madinah. Ketika itu kekuatan kaum musyrikin sudah kian lemah. Islam sudah mempunyai kekuatannya.



Walaupun keadaan sekarang berbeza dengan keadaan semasa permulaan Islam dahulu, namun hukum ini tetap berjalan sehingga bila-bila. Itu termasuk sunnah perbuatan Rasulullah s.a.w.(sunnah fi’liyyah). Juga sebagai memperingati sejarah awal penyebaran Islam dan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melepaskan kaum muslimin pertama di Makkah dari penderitaan dan kemudian memberi kemenangan dan kekuatan kepada mereka. Sekian, wallahu’alam.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.