28.5.11

Oh Bulan

Syarikat EMI mempersembahkan...haha tuu iklan cd..tiba-tiba,gambor berikut di ambil :





















(klik utk saiz sebenarnya)

Senyum Grrr

aku tahu dh ape yg terjadi :)..aku wat2 senyum je..sbb aku sabor lagi..dang aku geram buleh sakit saje ork..hehe

27.5.11

Jadikan Aku Seorang Rokok

ambe ni dok penoh isap rokok sbenornye..rokok batang laa,rokok daun byk kali doh mase kecik2..nok cube ngt,tapi sapa leni dok leh lagi hahaha..nk gi beli rokok malu,nk mitok malu..dulu mase tingkatan 4,tekad nok isap rokok tingktn 5,tingktn 5 tekad nk isap umo 18 tahun..sapa leni rokok dok penoh menyentuhi bibirku..isap rokok nmpok cool gilee ork?yeahh..
hari tu ade peluang nk isap rokok,tp rse malas ngt nk isap..dok rase sikit nok..mgkin Tuhan bela kot dok tahulah,kalo betol,mmg syukur sgt laa..syg gok Tuhan ke aku,wlaupon wat dose skmo..kalo org pelawe rokok,aku tolok,aku rase cool aku tolok rokok hahaha..se ag,asap rokok mmg pehhhhhhhhhhhhhh sdp molek bau ye..me gusta everytime and eveready..hahaha..bau org merokok pon aku suke,xtau la org lain dok suke,tp aku mmg suke..tp dakpe lah kalo Tuhan takdir aku dok merokok,aku syukurann sgt hehe..ok,nok kabo tu je,katekan kalaulah aku dpt isap rokok skali,akan ku postkan dlm blog ni,tungguuuu hahahahaha k.

26.5.11

Kene Tembok Pistol Peluru Kapur

igt pulok mase kecik,aku main tembok2 pistol mainan..dlm tu ade peluru kapur..mahal la skit mase tu,mahal sgt laa..hahaha..tgh sdp main,adik aku ugut nk tembok atas dada aku..aku igt ye gurau je,padahal "POWW" !!
berlubang dada aku sapa leni ade lagi kesan hahah..aku jadi maroh,patu aku naik atas ye,aku 'nyekk' atas blakang ye,sapa ye reboh,patu nangis selok sakit..aku jadi debor,mok ayoh aku antor ye rumoh tok aku,gi ngurut kaki ye..dok jadi ape,koho sakit ade ah kot,tok 'ganaz' ekpom ngurut..patu antor la gi hospital..maka,cacat lah ia hahahahah..lame gok kot,bberape tahun gok nok sembuh..naik kerusi roda,gi main wau tambat tali kt kusi roda ye ah hahaa..dang aku balas dendam ganas,haaaaa....jgn main hahaha..tapi,sorry la..leni ok doh,molek ade main bola..kalo la aku ade pitis skit,aku wat doh filem citer ni heheh..biar mu blake semer paham citer ni hahah.

24.5.11

Saya Pilih Nabi Nuh,Anda Bgmana?

zaman kecik2 dulu,nabi idola aku,Nabi Nuh@Yunus (konfius)..nk tau bkpe beliau?sbb di telan ikan paus (Nun) rasenye,kalo dok silap la..mase tu dgr tok kot crite pasal nabi Nuh,tiba2 dgr tok sebut ikan paus,terus minat sapa leni hehe maklomlaa,ikan paus 'besor'..TIBA-TIBA,


Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata “Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami”.

Nabi Yunus berkata, “Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t”. Berkata Nabi Yunus lagi, “Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat.”

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata, “Walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar.”

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana, mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya dia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan seekor ikan Nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan Nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan Nun, dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: “لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ (Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku).”

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:
“Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan Nun.” Firman Allah bermaksud, “Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat.”

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan Nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

22.5.11

4 Petua Imam Syafie Untuk Sihat

Empat perkara menguatkan badan,
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.HEHE
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

20.5.11

Nok Kabo Beri Laa,Bukan Ape2

Salam,meh nok kabo beri yg sebenornye ambe malu..malu sbb saloh bace info mcm2,patu ambe gi heboh2 ke orang rama,wasekan ambe ni la betol skali..ambe laa hebat bace info2 tu,rajin luangkan mase demi info tuu..info Hitler Tolong Islam laa,mcm2 laa..nyesal ehh louk..tu ambe jadi dok sedap nok berkomunikasi dgn org2 tuu..malu nye dok soh kire laa..kini baru laa ambe sedor,hebat nye tipu daya Dajal akhir zaman ni..dan,baru laa ambe sedor bahawe QURAN laa satu2 nye blh caye..Bak kate Ustaz Azhar, "dok soh duk galok la nok care mane Dajal kluor,bile Dajal kluor,Allah sruh semboh Dia jee" ..lpas ni mmg berhati-hati laa kalo blh info ke..serik doh serik hahaha,maafkan lah hamba abdi yg hina ni..wallahu'alam :)
(pehh legaa wasaan,mkasey)

17.5.11

Tempat Kejadian an ann ann annn..(bergema)

2011 ni banyok sunggoh kebetulan dan kepelikan..ambe sokmo ade di tempat kejadian.Aku tertengok minit jam bertukor,tgk cicok makan lalat..byk lagi tp dok igt *doh..hahaha lpas aku taip *doh,cicok terus berbunyi haha..kebetulan sungguh..marin tertengok celoh mozek,patu terpikir hidupan celoh mozek..berat nanang nie..

12.5.11

Dosa Besor Tiap Saat

baru ambe tahu tadi,selain wat pahala,kite sokmo di belenggu dosa tiap saat..bkn mengumpat,bkn dok tutup aurat,tapi dok tahu/igt nama2 Allah,Nabi.dan sifat2,dan banyok lagi..DOSA BESOR

11.5.11

Playing Bola

main bola tepi pata,sape dok suke?angin kuat,dok peluh mane laa main hahaa..lepas main,gi mandi pata pehh..
sambil tu ambik gambo alam sket,hehe ME GUSTA..lokasi :


sokmo aku terpikir,satelit paka kamera berapa megapiksel?HAHAHA

9.5.11

Laju Cahaya

laju sungguh bunyi..tapi laju lagi cahaya..bende lame doh,tp baru perasan hahah..tgk kilat tadi,nmpak chaya lu,baru bunyi..ME GUSTA

8.5.11

Sunday Yang Pelik

kol 8:15am td rase mcm smangat gile nk g joging sorg..pelik guh..dlm pjalanan senyum sorg atas moto bkpe aku pelik ngt ari ni..hahaha berat2..dgn dok mandi nye haha gi gitu je..tgh2 blari aku rase aku mcm watak dlm citer Youth In Revolt..Michael Cera?me very2 gusta haha..lame gile dok blari,stahun dh rase,daeroh2 tu ah..doh la blari atas pasir pata,mmg berat nanang..berapa kali gande au or..sempat gok amik gambor yang awan yang indah hehe..

6.5.11

hor hor !

aku dlm dunia aku skarang ni..jgn kaca..

Lipas Kaca Org Mayang

tadi mayang ise kol 5:20am haha..sunyi je bilik..rakaat kedua tu,lipas lalu depan sejadoh slow2..igt spider,debo giler..patu ye main tawaf tepi sejadoh,debo yang amat sbb mase tu igt spider..sbb lipas bukan 'jalan' slow..mmg menganjing la lipas tu..dlm smayang ise tu mcm2 mikir dlm pale,mgkin lipas ni mari sbb aku byk dose kot,lipas ni dari kubur kot,debo pulok..takot ngt ah kalo benda tu spider,ye main sengat..pehhh dessittt..then tau2 la solat ise ambe dok khusyuk lasomm..ambe rase ade 1 pengajaran mlm tu,lipas takdok night vision..rase2 je hahaha.
mungkin lipas ni uji aku stakat mana aku khusyuk smayang..tgk laa,baru lipas dok khusyuk doh..zaman nabi,org nk tikam dgn pedang pon khusyuk lagi..wallahu'alam

2.5.11

Osama Bin Laden Mati 1 May

betol ke?akhir zaman ni mcm2 blh wat..kalo betol mesti ade bnde hk dok kene..rsenye laa hehe
wallahu'alam.